Sebagaimana anak, ibu juga adalah anugerah Allah s.w.t yang paling berharga yang perlu dijaga, ditatang, disayang, dicinta dengan segala-galanya perasaan yang kita ada(dalam konteks ini yang positif saja). Kerana dalam kata yang mudah, pendek, ringkas: SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. ini saya bukan petik dari lagu penyanyi Aisyah tetapi prosa ini terdapat dalam hadis sahih Rasulullah s.a.w dan Rasulullah adalah manusia yang paling bercakap benar. ringkasan cerita, saya menerima seorang tetamu warga emas yang katanya 'dibuang oleh anak dan menantu barunya'. Saya tersentak dan benar-benar terusik. Dalam dunia yang sebegini maju, fikiran manusia semakin terbuka untuk banyak perkara, ramai yang sudah bergelar terpelajar dan profesional; masih lagi rupanya ada yang membuang ibu bapa mereka. Zalim, jahil atau apakah mereka ini?...lalu saya terus mengangkat doa kepada Allah s.w.t, janganlah sesekali saya diuji sebegini, janganlah saya diuji dengan menderhakai seorang bernama ibu. Sungguh, saya tidak sanggup menyakiti ibu apatah lagi 'membuangnya' jauh dari sudut hati.
Bagaimana buruk atau terukpun ibu kita, dia adalah orang yang melahirkan kita ke muka bumi ini, sungguhpun kalau kita tersentuh dan terluka dek perbuatannya, kita adalah orang yang datang darinya...(saya akan sambung nanti...feeling saya lari)
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ya Allah...Ampunkanlah dosa-dosa ke dua ibu bapa kami...Ampunkanlah dosa-dosa besar dan kecil mereka hingga ke hari kiamat...Peliharalah mereka kasihanilah mereka sepertimana mereka pelihara&kasihani kami sejak kecil lagi...Permudahkanlah mereka untuk menjalani sakaratul maut, Peliharalah mereka dari azab kuburMu, Permudahkanlah mereka untuk meniti titian siratMu. Semoga mereka akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikalangan para Syuhada...Amin....Ya Rabbal Alamin
Post a Comment