Monday, February 09, 2009

Damai Pada Saya...


Malam yang mengundang satu perasaan yang cukup indah pada diri dan sanubari. Malam yang tidak mungkin akan dilupa pada bila-bila pun, sungguhpun malam itu sentiasa hadir tapi roh setiap malam tidak sama seperti malam-malam sebelum atau selepasnya.
Saya menghirup udara malam yang maha indah. Malam yang membawa perasaan saya kembali ke zaman silam, malam yang saya membesar dengan seringkali bekalan elektrik terputus bila sahaja hujan atau guruh berdentum-dentam di langit. Sebenarnya, saya merasa tidak begitu enak pada waktu itu kerana ketakutan saya pada pekat malam yang mengerikan apatah lagi keluarga kami adakalanya terpaksa mengetuk pintu rumah jiran untuk mendapatkan beberapa batang lilin. Maklumlah kami sendiri sebenarnya tidak mampu meneka sampai bila kami terpaksa bergelap. Ini kerana adakalanya bekalan elektrik akan terputus hingga menjelang pagi. Tetapi saat-saat itu jika berulang lagi di kala usia matang ini,membenihkan perasaan yang luar biasa indahnya pada saya. Bahkan saya sering saja menanti-nantikan malam yang sebegitu.
Saya sangat merindui! malah menyenangi suasana malam yang suram dengan sesekali diketuk bunyi guruh di langit dan mungkin juga didatangi ritikan hujan dengan bayu yang membuai lembut..Itulah malam yang mendamaikan..Biarpun malam itu hadir lagi namun pesonanya sudah tidak sama, Benar kata mutiara: hargailah setiap saat dan ketika dalam hidup agar anda tidak berhutang dengannya.

No comments: