Sunday, February 01, 2009

Kuliah Zohor di radio IKIM.fm

Saya ingin sangat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk agama Islam, selain ingin benar berdakwah kepada diri sendiri dan juga seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. Sejak sekian lama saya memikirkan untuk meneruskan kesinambungan Nabi Rasulullah s.a.w menyebarkan ajaran Allah s.w.t supaya kita, umat-umatnya yang lemah yang sentiasa leka dengan 'kenikmatan' dunia ini tidak terus terpesona dengan permainan dunia yang menjadikan kita lupa apakah tujuan dan peranan kita sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Lalu atas dorongan 'boss' saya,dapatlah sayamenerbitkan program yang berbentuk tazkirah yang diberi nama Kuliah Zohor. Alhamdulillah, apa yang saya harapkan program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam tidak kira di mana juga berada dan sudah pastinya yang memahami Bahasa Melayu. Bermula 2 Februari (Isnin) hingga Khamis dapatlah pendengar mengikuti rancangan ini pada jam 1.30 tengahari di radio IKIM.fm. Saya juga ingin sekali merakamkan ucapan penghargaan kepada penceramah yang ingin sama-sama berkongsi ilmu dan berdakwah demi agama Allah iaitu: Ust. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ust. Redzuan Zainal Abidin, Ust. Ismail dan Ustz. Sakinah Salleh- keikhlasan kalian hanya Allah yang membalasnya.

Butiran penuh program ini ialah:

(Isnin) Kuliah Zohor- Kitab La' Tahzan (Don't Be Sad)- Ust. Redzuan Zainal Abidin
(Selasa) Kuliah Zohot- Fiqh Sirah- Ust. Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Rabu) Kuliah Zohor- Fiqh an-Nisa-Ustz. Sakinah Salleh
(Khamis) Kuliah Zohor- Bimbingan Remaja-Ust. Ismail

Selamat bermuhasabah....

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum...

Bagaimana saya boleh hubungi Ustaz Redzuan Zainal Abidin & Ustaz Ismail?
Saya nak menjemput salah seorang daripada mereka untuk memberi ceramah di UIA Kuantan..

Mohon pertolongan a.s.a.p. ya.. =)

yudi said...

Assalamualaikum,

saya selalu ter'skip' kuliah2 zohor

Adakah kuliah zohor ini dikoleksikan? jika ya, maca mana saya boleh dapatkannya?