Sunday, January 11, 2009

AMMAR D' GINIUS UNTUK MINDA DAN KESIHATAN.

Seronok setiap pagi dengan secawan minuman bercoklat Ammar D'Ginius. minuman ini digemari kami seisi keluarga apatah lagi anak-anak yang mula melangkah masuk ke alam persekolahan. Bagi ibu bapa yang peka dengan makanan yang terbaik dan sangat mementingkan pemakanan sihat untuk minda, tenaga dan fizikal sangat-sangat digalakkan untuk mengambil minuman Ammar D' Ginius.

Saya sangat menggalakkan anak-anak untuk mengambil minuman Ammar D'Ginius paling tidak setiap pagi kerana bukan sahaja mereka malah saya sendiri tidak lesu sungguhpun sepanjang hari berdepan dengan pelbagai tugasan yang menuntut kita untuk sentiasa berfikir dan bedepan dengan nota atau apa saja maklumat yang perlu diisi untuk minda.

Rasa coklat yang sangat sedap dengan kandungan utama omega tiga, khaliphos, ekstrak kurma dan kismis, DHA ternyata baik untuk peningkatan minda bagi kita golongan dewasa, warga emas dan kanak-kanak malah bayi juga sesuai untuk mengamalkan minuman berkhasiat ini.

Setiap satu ramuan dalam minuman ini mengandungi peranan masing-masing. Saya tidak mahu menulis dengan panjang tentang minuman ini kerana saya tahu orang yang mengamalkan minuman ini sahaja yang tahu keberkesanan minuman Ammar D'Ginius. Cuma saya mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengasas Ammar D'Ginius iaitu Puan Zaleha Ismail yang memperkenalkan minuman ini kepada kami sekeluarga. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Ammar D'Ginius boleh ikuti siaran di radio IKIM.fm setiap Selasa minggu ke dua dan keempat jam 11.15 minit pagi.

Saturday, January 10, 2009

Joy House- Sekolah Pertama Farish.


Teruja. Itulah perasaan saya sebagai seorang ibu, dan itu juga perasaan Farish Ian Hakim Mahadi pertama kali melangkah ke sekolah. Wajah dan rupa tadika Joy House tidak begitu sofistikated atau benar-benar sempurna walaupun saya sebenarnya inginkan sesuatu yang sempurna untuknya. Tetapi saya yakin tadika yang sederhana dari sudut 'rupa paras' nya ini hampir sempurna dari sudut silibus dan pendekatan islamic sebagaimana yang saya mahukan.

Joy House adalah sekolah pertama Farish, juga pengalaman pertama baginya. Sebagai tanda sokongan dan harapan saya sebagai ibu, di hari pertama persekolahannya saya meluangkan masa menghantarnya ke sekolah, walaupun Farish meminta saya untuk tidak berbuat begitu. Katanya cukuplah dia ke sekolah dengan 'auntie Miah' (jiran kami yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah bagi anak-anak kami yang menetap di Taman Melawati) tetapi saya mahu apa yang saya lakukan hari ini adalah sebahagian pengalaman dan kenangan Farish di masa hadapan. Farish nampaknya sangat gembira ke sekolah. Saya tidak nampak apa-apa masalah dari segi pembelajaran dan penerimaannya terhadap persekitaran dunia 'sekolahnya'.

Harapnya saya telah melakukan sesuatu yang baik, tepat dan sempurna untuk Farish. Pemilihan sekolah pertamanya ini menjadi titik mula dalam dia menimba sebanyak mungkin ilmu dan menyempurnakan ilmunya itu bagi menyumbang sesuatu yang berharga untuk dirinya, keluarganya, agamanya, bangsanya dan negaranya.

GAZA BERMANDI DARAH....

Sejak dua minggu yang lalu, dunia sekali lagi menyelar tindakan