Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI IBU..

Selamat Hari Ibu. Memang dah lewat untuk mengucapkannya kerana hari ibu telah berlalu dua minggu sudah, tapi takpa semua orang pun cakap setiap hari adalah hari ibu, jadi tak kisah sangat waktu dan tarikhnya asalkan ada juga ucapan dan ingatan pada hari keramat ini. Jadi untuk ibu, diri sendiri dan semua ibu di dunia ini SELAMAT HARI IBU.

Tuesday, February 10, 2009

Menjadi Pengacara Majlis anjuran PERKIM. Tetamu kenamaan adalah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, isteri dan ramai lagi.



Antara aktiviti yang saya setia lakukan selain membuat VO (voice over) adalah menjadi pengacara majlis. Mendapat seribu satu kepuasan...

Mengacarakan Majlis Lawatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan ke IKIM.



Bangga juga mengacarakan majlis yang tetamunya adalah Tuanku Mizan. Saya kan orang Terengganu...

Bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad



Bergambar dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas menemuramah beliau untuk Rancangan Mencari Merdeka Siaran radio IKIM.fm sempena rancangan Khas sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51.

Rombongan keluarga Ust. Khairudin at-Takiri ke Makkah Ramadhan 2008



Bersama keluarga Ust. Khairudin dan Jemaah yang mengikuti pakej umrah Raudhah Mawadah Travel & Tours Sdn. Bhd, Darul Fuqaha Sdn. Bhd. Perjalanan umrah yang paling istimewa kerana layanan daripada keluarga Ust. Khairudin seperti berada dalam lingkungan keluarga yang sangat akrab. Semoga Allah s.w.t murahkan rezekiNya kepada anda dan kita semua.

Bersama Anak dan Ibu Mertua Ust. khairuddin Aman Razali at-Takiri







Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah. Sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa bersama Makcik (Ibu Mertua Ust. Khairuddin dan Mirah (anak Ust. Khairuddin) yang menjadi pengubat rindu saya pada keluarga di Malaysia.

Umrah di Makkah Ramadhan 2008

Kenangan di Tanah Suci Makkah



Bersama ibunda tercinta, Sharifah Som Syed seman ketika mengerjakan umrah bersama pada Ramadhan 2007.

Monday, February 09, 2009

Dalam perjalanan dari Mekah ke madinah

Damai Pada Saya...


Malam yang mengundang satu perasaan yang cukup indah pada diri dan sanubari. Malam yang tidak mungkin akan dilupa pada bila-bila pun, sungguhpun malam itu sentiasa hadir tapi roh setiap malam tidak sama seperti malam-malam sebelum atau selepasnya.
Saya menghirup udara malam yang maha indah. Malam yang membawa perasaan saya kembali ke zaman silam, malam yang saya membesar dengan seringkali bekalan elektrik terputus bila sahaja hujan atau guruh berdentum-dentam di langit. Sebenarnya, saya merasa tidak begitu enak pada waktu itu kerana ketakutan saya pada pekat malam yang mengerikan apatah lagi keluarga kami adakalanya terpaksa mengetuk pintu rumah jiran untuk mendapatkan beberapa batang lilin. Maklumlah kami sendiri sebenarnya tidak mampu meneka sampai bila kami terpaksa bergelap. Ini kerana adakalanya bekalan elektrik akan terputus hingga menjelang pagi. Tetapi saat-saat itu jika berulang lagi di kala usia matang ini,membenihkan perasaan yang luar biasa indahnya pada saya. Bahkan saya sering saja menanti-nantikan malam yang sebegitu.
Saya sangat merindui! malah menyenangi suasana malam yang suram dengan sesekali diketuk bunyi guruh di langit dan mungkin juga didatangi ritikan hujan dengan bayu yang membuai lembut..Itulah malam yang mendamaikan..Biarpun malam itu hadir lagi namun pesonanya sudah tidak sama, Benar kata mutiara: hargailah setiap saat dan ketika dalam hidup agar anda tidak berhutang dengannya.

Sunday, February 01, 2009

Kuliah Zohor di radio IKIM.fm

Saya ingin sangat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk agama Islam, selain ingin benar berdakwah kepada diri sendiri dan juga seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. Sejak sekian lama saya memikirkan untuk meneruskan kesinambungan Nabi Rasulullah s.a.w menyebarkan ajaran Allah s.w.t supaya kita, umat-umatnya yang lemah yang sentiasa leka dengan 'kenikmatan' dunia ini tidak terus terpesona dengan permainan dunia yang menjadikan kita lupa apakah tujuan dan peranan kita sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Lalu atas dorongan 'boss' saya,dapatlah sayamenerbitkan program yang berbentuk tazkirah yang diberi nama Kuliah Zohor. Alhamdulillah, apa yang saya harapkan program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam tidak kira di mana juga berada dan sudah pastinya yang memahami Bahasa Melayu. Bermula 2 Februari (Isnin) hingga Khamis dapatlah pendengar mengikuti rancangan ini pada jam 1.30 tengahari di radio IKIM.fm. Saya juga ingin sekali merakamkan ucapan penghargaan kepada penceramah yang ingin sama-sama berkongsi ilmu dan berdakwah demi agama Allah iaitu: Ust. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ust. Redzuan Zainal Abidin, Ust. Ismail dan Ustz. Sakinah Salleh- keikhlasan kalian hanya Allah yang membalasnya.

Butiran penuh program ini ialah:

(Isnin) Kuliah Zohor- Kitab La' Tahzan (Don't Be Sad)- Ust. Redzuan Zainal Abidin
(Selasa) Kuliah Zohot- Fiqh Sirah- Ust. Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Rabu) Kuliah Zohor- Fiqh an-Nisa-Ustz. Sakinah Salleh
(Khamis) Kuliah Zohor- Bimbingan Remaja-Ust. Ismail

Selamat bermuhasabah....

Sunday, January 11, 2009

AMMAR D' GINIUS UNTUK MINDA DAN KESIHATAN.

Seronok setiap pagi dengan secawan minuman bercoklat Ammar D'Ginius. minuman ini digemari kami seisi keluarga apatah lagi anak-anak yang mula melangkah masuk ke alam persekolahan. Bagi ibu bapa yang peka dengan makanan yang terbaik dan sangat mementingkan pemakanan sihat untuk minda, tenaga dan fizikal sangat-sangat digalakkan untuk mengambil minuman Ammar D' Ginius.

Saya sangat menggalakkan anak-anak untuk mengambil minuman Ammar D'Ginius paling tidak setiap pagi kerana bukan sahaja mereka malah saya sendiri tidak lesu sungguhpun sepanjang hari berdepan dengan pelbagai tugasan yang menuntut kita untuk sentiasa berfikir dan bedepan dengan nota atau apa saja maklumat yang perlu diisi untuk minda.

Rasa coklat yang sangat sedap dengan kandungan utama omega tiga, khaliphos, ekstrak kurma dan kismis, DHA ternyata baik untuk peningkatan minda bagi kita golongan dewasa, warga emas dan kanak-kanak malah bayi juga sesuai untuk mengamalkan minuman berkhasiat ini.

Setiap satu ramuan dalam minuman ini mengandungi peranan masing-masing. Saya tidak mahu menulis dengan panjang tentang minuman ini kerana saya tahu orang yang mengamalkan minuman ini sahaja yang tahu keberkesanan minuman Ammar D'Ginius. Cuma saya mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengasas Ammar D'Ginius iaitu Puan Zaleha Ismail yang memperkenalkan minuman ini kepada kami sekeluarga. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Ammar D'Ginius boleh ikuti siaran di radio IKIM.fm setiap Selasa minggu ke dua dan keempat jam 11.15 minit pagi.

Saturday, January 10, 2009

Joy House- Sekolah Pertama Farish.


Teruja. Itulah perasaan saya sebagai seorang ibu, dan itu juga perasaan Farish Ian Hakim Mahadi pertama kali melangkah ke sekolah. Wajah dan rupa tadika Joy House tidak begitu sofistikated atau benar-benar sempurna walaupun saya sebenarnya inginkan sesuatu yang sempurna untuknya. Tetapi saya yakin tadika yang sederhana dari sudut 'rupa paras' nya ini hampir sempurna dari sudut silibus dan pendekatan islamic sebagaimana yang saya mahukan.

Joy House adalah sekolah pertama Farish, juga pengalaman pertama baginya. Sebagai tanda sokongan dan harapan saya sebagai ibu, di hari pertama persekolahannya saya meluangkan masa menghantarnya ke sekolah, walaupun Farish meminta saya untuk tidak berbuat begitu. Katanya cukuplah dia ke sekolah dengan 'auntie Miah' (jiran kami yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah bagi anak-anak kami yang menetap di Taman Melawati) tetapi saya mahu apa yang saya lakukan hari ini adalah sebahagian pengalaman dan kenangan Farish di masa hadapan. Farish nampaknya sangat gembira ke sekolah. Saya tidak nampak apa-apa masalah dari segi pembelajaran dan penerimaannya terhadap persekitaran dunia 'sekolahnya'.

Harapnya saya telah melakukan sesuatu yang baik, tepat dan sempurna untuk Farish. Pemilihan sekolah pertamanya ini menjadi titik mula dalam dia menimba sebanyak mungkin ilmu dan menyempurnakan ilmunya itu bagi menyumbang sesuatu yang berharga untuk dirinya, keluarganya, agamanya, bangsanya dan negaranya.

GAZA BERMANDI DARAH....

Sejak dua minggu yang lalu, dunia sekali lagi menyelar tindakan